Ekonomi Tanjung Verde

Rencana utama: Ekonomi Tanjung Verde
Porto Grande, pelabuhan Mindelo, Pulau Sao Vicente.Pandangan udara ibu negara Praia

Tanjung Verde ialah sebuah negara kecil yang tidak mempunyai banyak sumber, malah mengalami kemarau yang teruk. Pertanian disukarkan oleh kekurangan hujan, dan terhad kepada hanya empat buah pulau pada kebanyakan bulan setiap tahun. Kebanyakan daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar datangnya daripada industri perkhidmatan. Ekonomi Tanjung Verde telah bertumbuh sejak lewat dekad 1990-an, dan kini dianggap sebagai sebuah negara yang sederhana perkembangannya. Tanjung Verde banyak bekerjasama dengan Portugal pada setiap peringkat eknonominya dan oleh itu, mata wangnya dikaitkan mula-mulanya dengan escudo Portugis dan kemudiannya dengan euro pada tahun 1999.

José Manuel Durão Barroso, bekas perdana menteri Portugis dan kini presiden (penggal kedua 2004) Suruhanjaya Eropah, telah berjanji untuk membantu menggabungkan Tanjung Verde ke dalam lingkungan pengaruh Kesatuan Eropah melalui lebih banyak kerjasama dengan Portugal. Pada Mac 2005, Mário Soares, bekas presiden Portugis, memulakan petisyen untuk mendesak Kesatuan Eropah menganjurkan perbincangan tentang keahlian Tanjung Verde.